Backpack Medan 4H3M Dengan Bajet RM300. (DAY 2)
4:36 AM
Day 2 : Medan City to Samosir Island, Danau Toba
Subuh jam 05:00 kami dah
bangun pagi bersiap-siap. Jam 06:00 turun bawah untuk breakfast di café Residence Hotel
sekejap, check-out kemudian naik bentor untuk ke Terminal Amplas. Nak naik bentor (becak + motor = bentor) , di sebelah Residence Hotel tu pasti ada bentor yang menunggu pelanggan. Usah khuatir, bentor ada dimana-mana di Medan. Dari Residence Hotel ke
Terminal Amplas mengambil masa selama 15 minit sahaja. Kos dari Residence Hotel ke Terminal Amplas dalah Rp.25,000 untuk satu bentor.
Pasar pagi di Medan. Macam kena kitai dek orang. Aku dah terbayang dah deorang ni gaduh-gaduh nak kutip sayur tu. Sampai hancur. LOL |
BERSEPAH! Itulah yang dapat diluahkan tatkala penulis melihat pemandangan ini. |
Alahai, jatuh motor pulak Cik Kiah ni! Habis tergolek. Kesian dia, nak tolong, tapi bentor kami taknak berhenti. Huhuhu. Drama sekejap. |
1 Komen Pedas