Backpack Medan 4H3M Dengan Bajet RM300. (DAY 1)

3:35 AM



Hi ! Minggu lepas cuti Deepavali dan Awal Muharam saya ke Medan. Punyalah bersemangat buat research macam mana nak travel sendiri ke Medan ni. Dengan bantuan Tripadvisor, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. So trip 4 hari 3 malam ini saya pergi berdua sahaja. Total kos seorang, adalah LESS THAN RM300 yang include makan, penginapan, transportation dan juga airport tax. So check it out!

Day 1 : KLIA2 to Kuala Namu International Airport (KNO)

Pukul 18:30 kami dah bergerak ke KLIA2 menggunakan Jetbus dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke KLIA2. Ia mengambil masa selama 40 minit dan kosnya hanya RM9 seorang. 

TIPS 1: Kalau anda nak park kereta yang murah, might as well consider TBS sebab parking hanya RM3/hari Kalau nak dibandingkan dengan KLIA2, RM46/hari. 

TIPS 2: Kalau nak tukar duit RM to Rupiah, saya rekomen tukar dekat Giant Taman Melati, dekat tingkat 1 ada, tingkat 2 pun ada. Murah murah. Dekat area Masjid Jamek pun boleh. Dan kalau malas / tak sempat nak tukar duit, sesiapa yang ada ATM Card CIMB boleh settingkan card sebagai international melalui CIMBClicks sebab ATM CIMB merata di Medan. Jangan kata Medan, bandar-bandar utama dekat Indonesia lah banyak ATM CIMB ni.

Dah sampai KLIA2 lepak-lepak sambil bersiar-siar dalam KLIA2 then dinner sekejap dekat NZ (RM9.50). Quite interesting KLIA2 ni since ni first time aku masuk dalam KLIA2. Sebelum ni tengok dekat luar je. Dahla besar, banyak shoplots pulak. Bagus takpayah nak pergi shopping tempat lain. Tapi yang besar tulah yang tak boleh tahan tu. Besar sangat! Tapi takpelah, untuk keselesaan orang ramai kan. So, bangga juga la dengan pembinaan KLIA2 ni. Selepas tu kami masuk ke boarding hall. Flight kami ke Medan pada pukul 21:05. 

Sesampainya di Kuala Namu pukul 21:00 (waktu Indonesia), kami ambil bas untuk ke bandar Medan. Jarak Kuala Namu ke tengah bandar pun macam KLIA2 ke KL la. So kita naik DAMRI bas dari KNO ke Medan. Harganya 15,000 Rp/orang. Naik dulu. nanti driver bus akan beri tiket. DAMRI bas yang kami naik ni pit stop terakhirnya di Carrefour Medan Raya. 


DAMRI Bas yang kami naik dari Kuala Namu International Airport ke bandar Medan

Keadaan dalam DAMRI Bus. OK lah. Airport baru kan, so bus pun kenalah baru!

Harga seorang adalah Rp. 15,000

Kami dah buat reservation di Residence Hotel, hanya 700 meter dari Istana Maimoon. So kalau nak ke Residence Hotel, suruh driver bus stop berdekatan dengan Masjid Raya. Dari Masjid Raya tu boleh jalan kaki je ke Residence Hotel (900 meter) Sambil berjalan tu bolehla melawat sekejap ke landmark Medan iaitu Masjid Raya dan juga Istana Maimun. Boleh naik beca kalau taknak jalan kaki, murah je. Kami tak minat sangat nak tengok tugu-tugu ni so jalan straight je terus ke Residence Hotel untuk berehat, sebab esok paginya nak berjalan jauh ni. Hehe


Harga satu bilik untuk dua katil adalah hanya Rp.70,000 (RM20) untuk satu bilik. Ada katil dengan bilik air sekali. Murah gila lah kan. Oklah tu since kami nak tidur je, sebab esok pagi-pagi subuh dah nak gerak ke Parapat, taknaklah bazirkan duit untuk tidur hotel grand-grand. Kami tak bayar deposit pun untuk book hotel ni. Boleh buat reservation melalui website Residence Hotel ataupun di Booking.com. Yang penting, no booking fees! Mudah!


Kaunter Residence Hotel. Kalau nak walk-in pun boleh, banyak bilik dekat hotel ni.

Inilah yang anda akan dapat dengan harga Rp.70,000 satu malam. Dua katil dengan attached bathroom. Nak tidur je kan. Bukan nak berparty. Berbaloi betul pergi Medan ni!


Total perbelanjaan di Medan DAY 1

DAMRI Bus : Rp.15,000
Residence Hotel : Rp.70,000 /2 orang
TOTAL DAY 1 : Rp.50,000 seorang. ( less than RM15)

Since dah makan dekat NZ sebelum berlepas, kami terus pergi hotel berehat sahaja. Maka ini sajalah expenses kami untuk hari pertama. 

You Might Also Like

4 Komen Pedas

Flickr Images

Subscribe